Thursday, August 20, 2009

أهلا يا رمضان

Selamat Menyambut Ramadhan 1430H dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Bacaan Yaasin UPSR





Wednesday, August 12, 2009

Kursus Dalam Perkhidmatan - Pengurusan Fail

Pn. Norlia menyampaikan ceramah
12 Ogos 2009, Rabu - Selepas tamat sesi persekolahan hari ini, kami mengikuti LPD peringkat sekolah bertemakan pengurusan fail yang dikendalikan oleh Pn. Norlia Md Noor (Pen. Kanan) SKHK. Kursus dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pembentangan ceramah dan bengkel.

Tuesday, August 11, 2009

Anugerah Sijil Dekan


10 Ogos 2009, Isnin - Hari ini aku ke USM bagi menghadiri Majlis Anugerah Sijil Dekan bagi semester II 08/09. Hari ini juga isteriku tamat tempoh berpantang. Oleh kerana kasihankan dia yang telah lama berada di rumah, akupun bersetuju untuk membawanya bersama sekali dengan anakku yang baru berusia 45 hari. Kami agak terlewat bertolak dan setibanya di jambatan, tertera di papan isyarat berkomputer "TRAFIK PERLAHAN DI ATAS JAMBATAN, CUACA HUJAN, BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU, TEMPOH PERJALANAN DI ATAS JAMBATAN 30 MINIT". Jam ketika itu 9.50 pagi. Majlis anugerah akan bermula jam 10.00 pagi - 10.30 pagi. Aku hanya mampu tersenyum, nampak gayanya, hari ini aku akan ambil anugerah tu di kaunter pejabat sahaja. Aku teruskan memandu hingga akhirnya tiba di dewan persidangan jam 10.30 pagi. Staf yang bertugas menyambutku dengan senyuman di depan pintu dewan. Aku dipanggil masuk dengan segera. Ketika aku melangkah masuk ke dalam dewan, pengerusi majlis telah mengucapkan terima kasih kepada dekan atas kesudian menyampaikan sijil. Tetapi, majlis sepi seketika apabila aku melangkah masuk. Setelah mendapat isyarat dari staf tadi, pengerusi pun meneruskan ucapan "di jemput En. Mohamad Azizi Md Mukhtar untuk menerima sijil daripada dekan".... Selesai sudah penyampaian sijil, majlis pun ditamatkan. Akhirnya aku berjaya juga menerima sendiri sijil daripada dekan. Selepas bersurai kami bergambar bersama dekan. Ketika itu baru ku nampak kawan2 yang lain. Amir, Wan Kamal, Nazmi, Faisal, Saufi, Maria dan yang lain2 ada bersama. Tahniah buat semua kawan2 yang turut sama menerima anugerah kali ini. Kami sempat berbual-bual sambil menjamah hidangan yang disediakan...

Latihan Dalam Perkhidmatan

08 Ogos 2009, Sabtu - Hari ini aku ke sekolah kerana menghadiri LDP bagi tahun 2009. Kursus hari ini dikelolakan oleh Tn Hj. Salim (mantan Tim. Pengarah Pelajaran Perlis) bertajuk "Integriti Dalam Pendidikan". Aku kena jadi pengerusi majlis kali ini. Ingatkan selepas mula sahaja majlis, boleh la kembali ke tempat duduk belakang, rupa2nya penceramah minta tolong tekan 'presentation'nya. Apa lagi, kena tunggu kat depan sampai habis ceramah pagi tu... Walau apapun, banyak input dan pengalaman Tn Hj. Salim yang dapat dikongsi bersama.

Monday, August 3, 2009

Pemantauan Bersepadu j-QAF Kota Setar

30.07.2009, Khamis - Hari ini merupakan hari paling mendebarkan dalam hidup sepanjang hampir 5 tahun berkhidmat sebagai guru j-QAF. Apa tidaknya, selama berkhidmat, inilah kali pertama aku akan dipantau secara rasmi oleh pihak JPN @ PPD. Rasa selesa dengan cara sendiri sejak di SK Sg Ular lagi kerana belum pernah menerima kunjungan pegawai untuk pemantauan. Pemantauan hari ini berfokuskan P&P diketuai oleh Ust Dzir, Pen. PPP Pendidikan Islam Kota Setar. Bersama beliau adalah Ust Mohtar (KBB), Ust Jamaluddin (KMY), Ust Mohd Isa (KP), Ust Yusof (BS). Sayang sekali kerana tiada pegawai JPN bersama rombongan ini.

Hari ini aku bersedia untuk kelas BA tahun 5. Tetapi sejurus kelas berakhir jam 9.15 pagi, Ust Jamaluddin pun tiba di pintu bilik audio visual untuk menyelia kelas pemulihan jawi yang akan dikendalikan oleh Sarmizan selepas tamat kelas BA. Aku terlepas peluang untuk diselia kali ini. Selepas berakhir penyeliaan P&P, kami semua berkumpul bersama GPI dan pentadbir untuk mendengar rumusan dan komentar pegawai2 pemantau. Alhamdulillah, secara keseluruhannya mereka berpuas hati dengan perjalanan j-QAF di SKHK walaupun terdapat beberapa kelemahan teknikal yang masih boleh diperbaiki. Terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat atas bimbingan dan panduan yang diberikan kepada kami.

Sambutan Israk Mikraj

23.07.2009, Khamis - Hari ini SKHK mengadakan Sambutan Israk dan Mikraj bermula selepas rehat tahap 2. Ustaz Ismail Ahmad dari SMK Pedua kami jemput menyampaikan ceramah. Macam2 cerita yang beliau sampaikan ditambah lagi dengan loghat "K.Nerang"nya yang pekat sgt2 hinggakan kena terjemah semula kepada murid2. Majlis berakhir dengan tayangan slide "Dari Hutan Kampong ke Muscat" yang aku sediakan ringkas untuk tatapan anak2 didik di SKHK...

Kem Bestai Solat Tahap 2

22.07.2009, Rabu - Petang ini kami mengadakan KBS untuk murid-murid tahap 2 bagi melengkapkan siri KBS tahun ini. KBS bermula selepas berakhir sesi persekolahan hingga jam 3.15 petang selama 2 jam. Kem kali ini lebih menekankan bacaan dalam solat sahaja.

Bengkel Pembinaan Modul BA SK

Ust. Fazial (KPP SPI JPNK) turut menyampaikan ucapan

14-16.07.2009, Selasa-Khamis: Selama 3 hari 2 malam kami bermesyuarat dan berbengkel di SP Inn Sungai Petani bagi menyediakan modul P&P Bahasa Arab. Seramai 18 peserta terlibat dan dibahagikan kepada 2 kumpulan menengah dan rendah. Aku bersama rakan2 j-QAF (Amir Nason-Pengerusi BA (SK) Negeri Kedah, Akmal-Kubang Pasu, Nasir Awang-Langkawi (bulan Ogos akan jadi tutor di KUIN), Kak Za-KMY dan Syamelah-PTP) mula menggubal satu modul aktiviti bertulis untuk BA tahun 6 yang akan digunakan tahun 2010 nanti. Alhamdulilah, draf modul tersebut secara hard copy sempat kami siapkan ketika berbengkel. Kami akan bertemu semula untuk menambaik dan memurnikan modul ini.

blogger templates | Make Money Online