Thursday, August 20, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Tuesday, August 11, 2009
Anugerah Sijil Dekan
10 Ogos 2009, Isnin - Hari ini aku ke USM bagi menghadiri Majlis Anugerah Sijil Dekan bagi semester II 08/09. Hari ini juga isteriku tamat tempoh berpantang. Oleh kerana kasihankan dia yang telah lama berada di rumah, akupun bersetuju untuk membawanya bersama sekali dengan anakku yang baru berusia 45 hari. Kami agak terlewat bertolak dan setibanya di jambatan, tertera di papan isyarat berkomputer "TRAFIK PERLAHAN DI ATAS JAMBATAN, CUACA HUJAN, BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU, TEMPOH PERJALANAN DI ATAS JAMBATAN 30 MINIT". Jam ketika itu 9.50 pagi. Majlis anugerah akan bermula jam 10.00 pagi - 10.30 pagi. Aku hanya mampu tersenyum, nampak gayanya, hari ini aku akan ambil anugerah tu di kaunter pejabat sahaja. Aku teruskan memandu hingga akhirnya tiba di dewan persidangan jam 10.30 pagi. Staf yang bertugas menyambutku dengan senyuman di depan pintu dewan. Aku dipanggil masuk dengan segera. Ketika aku melangkah masuk ke dalam dewan, pengerusi majlis telah mengucapkan terima kasih kepada dekan atas kesudian menyampaikan sijil. Tetapi, majlis sepi seketika apabila aku melangkah masuk. Setelah mendapat isyarat dari staf tadi, pengerusi pun meneruskan ucapan "di jemput En. Mohamad Azizi Md Mukhtar untuk menerima sijil daripada dekan".... Selesai sudah penyampaian sijil, majlis pun ditamatkan. Akhirnya aku berjaya juga menerima sendiri sijil daripada dekan. Selepas bersurai kami bergambar bersama dekan. Ketika itu baru ku nampak kawan2 yang lain. Amir, Wan Kamal, Nazmi, Faisal, Saufi, Maria dan yang lain2 ada bersama. Tahniah buat semua kawan2 yang turut sama menerima anugerah kali ini. Kami sempat berbual-bual sambil menjamah hidangan yang disediakan...Posted by Azizi Mukhtar at 2:19 PM 1 comments
Latihan Dalam Perkhidmatan


08 Ogos 2009, Sabtu - Hari ini aku ke sekolah kerana menghadiri LDP bagi tahun 2009. Kursus hari ini dikelolakan oleh Tn Hj. Salim (mantan Tim. Pengarah Pelajaran Perlis) bertajuk "Integriti Dalam Pendidikan". Aku kena jadi pengerusi majlis kali ini. Ingatkan selepas mula sahaja majlis, boleh la kembali ke tempat duduk belakang, rupa2nya penceramah minta tolong tekan 'presentation'nya. Apa lagi, kena tunggu kat depan sampai habis ceramah pagi tu... Walau apapun, banyak input dan pengalaman Tn Hj. Salim yang dapat dikongsi bersama.Posted by Azizi Mukhtar at 1:49 PM 0 comments
Monday, August 3, 2009
Pemantauan Bersepadu j-QAF Kota Setar




30.07.2009, Khamis - Hari ini merupakan hari paling mendebarkan dalam hidup sepanjang hampir 5 tahun berkhidmat sebagai guru j-QAF. Apa tidaknya, selama berkhidmat, inilah kali pertama aku akan dipantau secara rasmi oleh pihak JPN @ PPD. Rasa selesa dengan cara sendiri sejak di SK Sg Ular lagi kerana belum pernah menerima kunjungan pegawai untuk pemantauan. Pemantauan hari ini berfokuskan P&P diketuai oleh Ust Dzir, Pen. PPP Pendidikan Islam Kota Setar. Bersama beliau adalah Ust Mohtar (KBB), Ust Jamaluddin (KMY), Ust Mohd Isa (KP), Ust Yusof (BS). Sayang sekali kerana tiada pegawai JPN bersama rombongan ini.Posted by Azizi Mukhtar at 3:29 PM 0 comments
Sambutan Israk Mikraj



23.07.2009, Khamis - Hari ini SKHK mengadakan Sambutan Israk dan Mikraj bermula selepas rehat tahap 2. Ustaz Ismail Ahmad dari SMK Pedua kami jemput menyampaikan ceramah. Macam2 cerita yang beliau sampaikan ditambah lagi dengan loghat "K.Nerang"nya yang pekat sgt2 hinggakan kena terjemah semula kepada murid2. Majlis berakhir dengan tayangan slide "Dari Hutan Kampong ke Muscat" yang aku sediakan ringkas untuk tatapan anak2 didik di SKHK...
Posted by Azizi Mukhtar at 3:16 PM 0 comments
Bengkel Pembinaan Modul BA SK

Posted by Azizi Mukhtar at 10:07 AM 0 comments



















