Tuesday, August 11, 2009

Anugerah Sijil Dekan


10 Ogos 2009, Isnin - Hari ini aku ke USM bagi menghadiri Majlis Anugerah Sijil Dekan bagi semester II 08/09. Hari ini juga isteriku tamat tempoh berpantang. Oleh kerana kasihankan dia yang telah lama berada di rumah, akupun bersetuju untuk membawanya bersama sekali dengan anakku yang baru berusia 45 hari. Kami agak terlewat bertolak dan setibanya di jambatan, tertera di papan isyarat berkomputer "TRAFIK PERLAHAN DI ATAS JAMBATAN, CUACA HUJAN, BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU, TEMPOH PERJALANAN DI ATAS JAMBATAN 30 MINIT". Jam ketika itu 9.50 pagi. Majlis anugerah akan bermula jam 10.00 pagi - 10.30 pagi. Aku hanya mampu tersenyum, nampak gayanya, hari ini aku akan ambil anugerah tu di kaunter pejabat sahaja. Aku teruskan memandu hingga akhirnya tiba di dewan persidangan jam 10.30 pagi. Staf yang bertugas menyambutku dengan senyuman di depan pintu dewan. Aku dipanggil masuk dengan segera. Ketika aku melangkah masuk ke dalam dewan, pengerusi majlis telah mengucapkan terima kasih kepada dekan atas kesudian menyampaikan sijil. Tetapi, majlis sepi seketika apabila aku melangkah masuk. Setelah mendapat isyarat dari staf tadi, pengerusi pun meneruskan ucapan "di jemput En. Mohamad Azizi Md Mukhtar untuk menerima sijil daripada dekan".... Selesai sudah penyampaian sijil, majlis pun ditamatkan. Akhirnya aku berjaya juga menerima sendiri sijil daripada dekan. Selepas bersurai kami bergambar bersama dekan. Ketika itu baru ku nampak kawan2 yang lain. Amir, Wan Kamal, Nazmi, Faisal, Saufi, Maria dan yang lain2 ada bersama. Tahniah buat semua kawan2 yang turut sama menerima anugerah kali ini. Kami sempat berbual-bual sambil menjamah hidangan yang disediakan...

1 Comment:

ummunafiz said...

Tahniah buat semua..

blogger templates | Make Money Online