Monday, May 18, 2009

الذكرى الخالدة



حفل الختام والتكريم وتوزيع الهدايا


حفل الختام والتكريم وتوزيع الهدايا
17.05.2009 - Ahad - Dewan al-Jauharah, Safeer Continental - 08.00 mlm

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil diadakan jam 8.00 mlm di hotel dan disempurnakan oleh Wakil Wizarah at-Tarbiah wa at-Ta'lim Sultanah Oman. Turut hadir ialah En Padli mewakili TYT Dato' Duta. Ust. Md Ahir menyampaikan ucapan mewakili deligasi Malaysia. Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil dan Cenderamata serta makan malam.

المحاضرة 14


17.05.2009-ِAhad-Mudiriah-12.30pm - 03.00pm:
طرق تدريس الكتابة
د. محمد أحمد العقلة

المحاضرة 13


17.05.2009-ِAhad-Mudiriah-08.00am - 12.00pm:
التاء المربوطة والهاء والتاء المربوطة والتاءالمبسوطة
طرق تدريس مهارة الإملاء
أ. بدرية بنت خلفان اليحيائية

Sunday, May 17, 2009

المحاضرة 12


16.05.2009-Sabtu-Mudiriah-05.00pm - 08.00pm:
الاستماع
مفهومه، وماهيته، ومهاراته، وطرق تدريسه
أ. سعيد بن عيسى بن سالم الشكيكي
رئيس قسم تطوير مناهج اللغة العربية

المحاضرة 11


16.05.2009-Sabtu-Mudiriah-08.30am - 01.45pm:
المعاجم الأحادية اللغة، وتطبيقاتها العملية
التعبيرات السياقية والاصطلاحية
أ. محمد بن خميس القطيطي
مشرف أول لغة عربية


Selamat Hari Guru...

"SELAMAT HARI GURU 2009"

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
Deligasi Kursus Bahasa Arab KPM di Oman

Bengkel 15...


15.05.2009-Jumaat-08.00 pagi:

Pagi ini kami ke Mudiriah walaupun cuti minggu kerana menyiapkan tugasan yang masih berbaki. Semua JK dan kumpulan bertungkus lumus menyediakan laporan, modul dan tugasan berkaitan. Masing-masing sedaya upaya menghasilkan yang terbaik untuk dikemukakan nanti. Tahniah dan syabas atas ketekunan dan kesungguhan yang dibuktikan...

Kenduri Doa Selamat...

Kenangan bersama PDO Oman
Dr. Uqlah dan Dr. Ata' mencuba sambal udang + petai

14.05.2009-Khamis-07.00 mlm:
Malam ini kami menerima undangan warga Malaysia yang bekerja di syarikat Minyak Oman untuk ke jamuan kesyukuran yang mereka adakan semata-mata meraikan rombongan kami. Meriah sekali majlis malam ini. Solat maghrib, baca yasin dan tahlil, tazkirah, solat isyak dan diakhiri dengan solat hajat. Turut bersama kami ialah Dr. Uqlah dan Dr. Ata' yang cukup kagum dan terharu dengan layanan warga Malaysia di sini. Selesai menjamu selera, ada lagi cenderahati "khanjar" kenangan dari Oman. Terima kasih buat tuan rumah En. Mat Ali, En. Awalizam, En. Suhaimi, En. Affendy dan seisi keluarga mereka yang meraikan kami.

Rehlah Saidah...

Resort an-Nahdha
Di puncak
Masjid dalam bangunan Qal'ah
Qal'ah as-Rustaq
Kolam air panas Ain al-Kasfah
Punca mata air panas dari celah batu
Di Ain As-Saurah
Menjamu selera dengan Halawa Omani dan Qahwah Omani
Kilang Barqa' "Halawa Omani"

14.05.2009-Khamis-Mantiqah al-Batinah-07.30 - 05.00pm:
Hari ini cuti hujung minggu. Rombongan kami dibawa melawat ke Mantiqah al-Batinah. Rombongan hari ini juga diserta oleh Dr. Uqlah dan Dr. Ata' serta beberapa orang pegawai Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Antara tempat menarik yang dilawati ialah kilang memproses "Halwa Omaniah" di Barqa'. Seterusnya kami ke kawasan pergunungan Ain as-Saurah di wilayah Nakhl yang terdapat mata air panas keluar dari celah batu gunung tersebut. Destinasi berikutnya ialah Ain al-Kasfah yuang juga merupakan kolam air panas yang terletak di wilayah Rusta'. Keistimewaan air panas semulajadi di sini kerana ia dapat merawat beberapa penyakit kulit dan sendi. Tempat terakhir yang kami lawati hari ini ialah Qal'ah al-Rustaq (kubu pertahanan) yang dibina pada tahun 1350M. Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan tengahari di an-Nahdha Resort & Spa...

blogger templates | Make Money Online