Thursday, April 30, 2009

Santai 2...

29hb Apr;5.00pm - Petang ini kami tidak mempunyai aktiviti rasmi kerana esok dan lusa merupakan cuti minggu. Oleh itu, petang ini kami keluar bersantai di sekitar pekan Ruwi yang tidak jauh dari hotel. Tempat pertama yg kami pergi ialah kawasan menjual komputer kerana ramai yg hendak membeli peralatan dan keperluan komputer dan kamera. Selepas solat Maghrib di Ruwi, kami bertolak pasaraya Sultan (Sultan Center). Di sini kami shopping lagi untuk kali yang dah tak larat nak bilang. Boleh dikatakan setiap hari kami ke Supermarket @ Hypermarket... Jam 8.30 malam, kami pulang ke hotel dan makan malam. Esok pagi kami akan melawat banyak lagi tempat yang menarik... maklumlah cuti hujung minggu...

زيارة ميدانية 2

29hb April;7.00am - Pagi ini kami ke Mudirهah lebih awal kerana akan mengikuti lawatan ke-2 ke sekolah-sekolah sekitar Muscat. Lawatan hari ini adalah ke Sekolah Antarabangsa (International School @ المدرسة الدولية). Sebanyak 4 buah sekolah yang akan dilawati hari ini. Kami masih lagi diagihkan mengikut kumpulan lawatan yang sama seperti sebelum ini. Kumpulan saya akan melawat ke Sekolah Antarabangsa Sultan (Sultan's School @ مدرسة السلطان). Sekolah ini dibina pada tahun 1977. Lawatan ke sekolah antarabangsa adalah bertujuan meninjau P&P Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Kami tiba di sekolah ini pada jam 8.40am. Saya akan nyatakan di sini, input yg kami dapat sepanjang lawatan ini:

1. Bahasa pengantar di sekolah adalah bahasa Inggeris dan bahasa Arab di tempat kedua
2. Jumlah guru bagi segenap bidang @ opsyen adalah seramai 120 orang. Kebanyakan guru bukan merupakan warganegara Oman, malah merupakan dari negara arab dan eropah. Pengetua sekolah berasal dari Australia.
3. Jumlah murid sekitar 1200 orang. Purata nisabah guru dan murid adalah sebanyak 1:10.
4. Murid sekolah ini berlatarbelakang dari kalangan keluarga yang kaya dan berpendidikan tinggi. Sebahagian mereka merupakan bukan warganegara Oman, tetapi mengikut ibu bapa yang bekerja di Oman.
5. Sekolah antarabangsa tidak mendapat perutukan kerajaan Oman, malah pembiayaan sekolah adalah berdasarkan yuran pelajar.
6. Sekolah mempunyai prasarana yang sangat lengkap, mewah dan berprestij
7. Pengajaran Bahasa Arab adalah sebanyak 6 waktu seminggu. Setiap 1 waktu bersamaan 40 minit.

Tinjauan P&P
Kami berkesempatan meninjau 2 kelas P&P Bahasa Arab. Apa yg dapat kami lihat adalah:
1. Guru dan murid menggunakan ICT secara maksimum sepanjang aktiviti P&P.
2. Setiap kelas mempunyai attractive board, LCD, laptop, printer, radio dan berhawa dingin.
3. P&P berpusatkan murid. Semua murid dapat mengambil bahagian dalam setiap aktviti yang dijalankan.
4. Bilangan murid adalah sekitar 22-25 orang sahaja setiap kelas. Murid disusun mengikut kumpulan.
5. Guru banyak menggunakan kata-kata peneguhan yang positif dan merangsang murid belajar.
6. Murid menjawab peperiksaan @ ujian menggunakan laptop secara dalam talian.
7. Setiap murid mempunyai email sendiri dan sentiasa berkomunikasi dengan guru melalui internet jika terdapat sebarang masalah dalam pelajaran
8. Setiap ruang dalam kelas dipenuhi dengan bahan-bahan bantu belajar yang disediakan oleh guru @ hasil kerja pelajar.
9. Setiap hasil kerja murid yg terbaik @ tercorot akan dipamerkan di tepi kelas bahagian luar dan dapat dilihat semua

Bengkel 2...

28hb Apr;6.00pm - Dari City Center/Carrefour kami menuju ke Mudiriah untuk menyiapkan tugasan selanjutnya. Bengkel petang ini dimulakan dengan mengumpul semua hasil dan dapatan yang diperolehi daripada lawatan ke sekolah-sekolah mengikut kumpulan masing-masing. Semua input tersebut disatukan, dicetak dan dibukukan untuk memudahkan kerja-kerja dokumentasi dan rujukan selepas ini. Seterusnya kami mencetak dan mengedarkan instrumen tinjauan kepada kumpulan dan peserta untuk dilengkapkan semasa lawatan ke sekolah antarabangsa esok hari.

Wednesday, April 29, 2009

Santai 1...

28hb Apr;5.00pm - Kami bergerak dari hotel penginapan menuju Mudiriah untuk berbengkel lagi bagi menyiapkan tugasan yang berkaitan. Tetapi sebelum ke Mudiriah, rombongan kami terlebih dahulu singgah di City Centre yg merupakan salah satu pasaraya yg agak besar di Muscat. Di sini juga terdapat Carrefour sama seperti yg terdapat di Malaysia... Ada yg mencari laptop baru dan ada yg terus menuju ke kaunter Nawras untuk tambah top up... AJK ICT pula mencari alatan yg diperlukan untuk rakaman sempena lawatan ke sekolah esok.

المحاضرة الثالثة - النكرة والمعرفة

28hb April;8.30am - Hari ini kuliah kami bersambung seperti biasa mengikut jadual. Kuliah hari ini bertajuk النكرة والمعرفة "an-Nakirah wa al-Ma'rifah". Hari ini giliran Dr. Attaa Abu Jabin ersama kami. Kuliah hari ni bertumpukan kepada qawaid semata-mata. Semua yg diajar adalah tajuk2 yang pernah kami pelajari sebelum ini, tapi kuliah hari ini lebih berfokuskan ulangkaji, latih tubi secara lisan dan bertulis serta aktiviti kumpulan dan individu. Antara isi kuliah hari ini adalah:

النكرة والمعرفة
أقسام المعرفة
1- الضمير
2- العلم
3- أسماء الإشارة
4- الاسم الموصول
5- المعرف بـ أل
6- المعرف بالإضافلة
7- المعرف بالنداء

المبتدأ والخبر والنواسخ
1- المبتدأ
أحوال المبتدأ
تقديم المبتدأ وجوبا
2- الخبر
تقديم الخبر وجوبا
وجوب حذف الخبر
3- النواسخ
كان وأخواتها
إن وأخواتها

Tuesday, April 28, 2009

زيارة ميدانية 1

زيارة ميدانية للاطلاع على مواقف تعليمية ومستلزماتها في الواقع التعليمي من تحضير المادة العلمية, وأساليب تدريس ووسائل تعليمية

27hb Apr;7.00am - Begitulah tajuk jadual kami pada hari ini. Lawatan ke sekolah2 rendah milik kerajaan untuk melihat situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di peringkat ibtidai (sekolah rendah). Lawatan kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan melawat 2 buah sekolah. Seawal jam 7.00am kami mula bergerak ke sekolah2 yg ditentukan. Sesi persekolahan bermula jam 8.00am. Saya berada dalam kumpulan 1 yg diketuai oleh Ust. Md Akhir (ketua deligasi), Ust. Wan Badrudin (Pensyarah IPG SAH), Ust. Safian (Pegawai BPI), Ust. Yusof (P. Pinang) dan Ust. Yusri (Melaka) selaku jurugambar. Saya ditugaskan untuk menemuramah pentadbir @ guru besar bg mendapatkan maklumat untuk melengkapkan instrumen tinjauan pengurusan sekolah secara umum dan bahasa arab secara khusus. Ust. Wan Badrudin pula ditugaskan menemuramah guru yg mengajar dan melengkapkan instrumen tinjauan P&P Bahasa Arab. Peserta yang lain akan membantu di samping mendapatkan input tambahan yg diperlukan. Saya hanya rumuskan di sini, dapatan yang saya perolehi sepanjang lawatan ini tentang pengurusan sekolah dan bahasa arab. Tinjauan P&P akan saya nukilkan pada tajuk yg akan datang, insyaallah.

1- Sekolah pertama yg kami lawati ialah Madrasah al-Uzaibiah li at-Ta'lim al-Asasi مدرسة العذيبية للتعليم الأساسي
2- Sekolah ini berada dalam kawasan bandar
3- Bilangan murid seramai 504 orang
4- Bilangan kelas sebanyak 19 buah (tahun 1 hingga 4)
5- Purata murid mengikut kelas adalah 25-30 orang sahaja
6- Murid akan ditempatkan mengikut kumpulan yg terdiri daripada 2 org murid pintar, 2 sederhana dan 1@2 lemah
7- Bilangan guru seramai 47 orang, 15 orang dari kalangan mereka ialah guru bahasa arab @ majal 1
8- Guru-guru dilabelkan mengikut 4 majal (opsyen spt panitia @ bidang) yg terdiri daripada 4 majal
9- Guru-guru majal 1 akan mengajar Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Kemanusiaan (Sejarah dan Geografi)
10- Guru-guru majal 2 akan mengajar Sains, Matematik
11- Guru-guru majal 3 akan mengajar Bahasa Inggeris
12- Guru-guru majal 4 akan mengajar seni pelbagai (art) atau kemahiran spt kemahiran hidup
13- Bahasa Arab mendapat peruntukan waktu sebanyak 18 waktu seminggu
14- Setiap 1 waktu = 45 minit
15- Aktiviti sekolah yg berfokuskan BA adalah seperti radio sekolah, pertandingan syarahan, bercerita, menulis berita dan projek membaca bersama ibu bapa di sekolah.
16- Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah adalah Bahasa Arab yg standard @ fushah

Monday, April 27, 2009

Mucsat... Bhg. 2...

1- Muscat merupakan bandaraya yg sangat bersih dengan tenang

2- Semua penduduknya tertib, lemah lembut dan berbudi bahasa serta tidak sombong

3- Mereka kesemuanya berpakaian jubah berwarna putih, berkopiah dan berserban bg lelaki dewasa. Agak sukar untuk menemui wanita Oman di sepanjang perjalanan.

4- Semua kereta di jalan raya merupakan kereta yg baru dan bekapasiti besar enjinnya. Tidak ada kereta yg buruk dan kecil @ 2nd hand

5- Tidak ada motosikal di jalan raya.

6- Tidak ada kesesakan lalulintas di jalan raya.

7- Pemandu tidak membunyikan hon ketika memandu. Belum lagi saya dengar bunyi hon sejak berada di sini.

8- Tidak ada himar @ kereta himar, kuda @ kereta kuda di jalan raya.

9- Tidak ada bawwab yg menjaga imarah @ pintu.

10- 99% bangunannya berwarna putih dan kelihatan sangat bersih dan unik. Tidak ada bangunan pencakar langit. Semua bangunan berketinggian sederhana sahaja.

Muscat... Bhg. I...

1- Oman mempunyai 7 wilayah (Muscat, al-Batinah, al-Dhahira, al-Dakhliya, al-Syarqiya, al-Wusta, Dhofar)

2- Muscat adalah ibu negara Oman yang merupakan wilayah yang paling kecil dan paling padat.

3- Keseluruhan penduduk Oman adalah sekitar 3 juta sahaja.

4- Cuaca di Mucsat sekarang adalah soifi (musim panas), suhunya sekitar 30-40 darjah Celcius

5- Waktu tempatan di Muscat adalah kurang 4 jam dari waktu Malaysia.

6- Waktu Solat di Muscat - Subuh 4.15am, Zohor 12.05pm, Asar 3.30pm, Maghrib 6.30pm, Isyak 7.45pm.

7- Matawang Oman ialah Riyal Oman (RO). 1 riyal(=ringgit) = 1,000 baiza(=sen). Kadar tukaran; RO 1.000 = USD 2.60 = RM 9.36 (Secara kasarnya RO 1.000 = +- RM 9.00++)

8- Cuti mingguan di Muscat ialah setiap hari Khamis dan Jumaat

9- Waktu pejabat bermula jam 8.00am hingga 4.00pm

Bengkel 1...

26hb Apr;5.00pm - Kami berkumpul di dewan kuliah semula ptg ini untuk berbengkel. Susulan daripada mesyuarat kelmarin, bengkel petang ini dibagikan kepada beberapa kumpulan mengikut fungsi dan tugas masing.masing. Antara tugas yang dilakukan adalah:
1- Pegawai dan pensyarah menyiapkan instrumen yg akan digunakan untuk lawatan ke sekolah pada hari Isnin. Mereka juga menentukan mekanisme dan indikator tertentu yg diseragamkan untuk melihat hasil daripada lawatan ini.
2- Biro ICT bertungkus-lumus menyiapkan laman blog rasmi kursus ini. Sesi fotografi peserta diteruskan dan semua peserta diberikan peluang mencadangkan nama blog yg sesuai sebelum dilancarkan.
3- Biro Laporan dan Dokumentasi pula menyiapkan laporan dan mengagihkan tugasan serta menentukan tarikh dan jadual tugas dokumentasi bermula dari tarikh berkumpul di Allson Klana Nilai.
4- Biro Kerohanian pula dapat menyediakan jadual kuliah subuh dan giliran penceramah bertugas yg akan bermula esok pagi. Forum perdana dan Kursus Intensif Umrah pun akan turut diadakan.
5- Biro Kurikulum juga terus merangka pelan tindakan untuk menyiapkan modul guru dan murid di samping bersedia dengan lawatan ke sekolah.
6- Saya turut membantu tugas Setiausaha mengagihkan peserta mengikut kumpulan lawatan di samping menyediakan laporan ringkas bengkel malam ini serta menyediakan rekod kehadiran peserta ke mesyuarat/bengkel.
Secara keseluruhannya, bengkel pada petang ini berjalan dengan lancar. Tambahan pula capaian internet dan printer baru telah berfungi sepenuhnya seperti yang dijanjikan. Bengkel berakhir jam 8.30 malam dan kami pulang semula ke hotel penginapan untuk makan malam...

المحاضرة الثانية - القراءة السليمة

26hb Apr;8.30am - Kuliah yg ke 2 bertajuk "AL-QIRAAH AS-SALIMAH" disampaikan oleh Ust. Khalil bin Yasir al-Battashi. Hari ini kami belajar kaedah membaca yang betul dan bagaimana cara mengajar kaedah membaca yang sebenarnya kepada murid. Bermula dgn menyebut huruf2 hijaiyyah tanpa baris, kemudian huruf berbaris, huruf yg bersambung dengan huruf mad,dan hinggalah kepada membaca petikan teks kalilah wa dimnah... Kuliah selepas Zohor agak mencabar bagi kami semua kerana aras pembelajaran agak tinggi... ada sesuatu yg baru yg kami dapat bagaimana cara untuk mengajar huruf dan sistem bunyi yg sebelum ini tidak pernah dipraktikkan ketika mengajar di sekolah...

Keheningan pagi...

26hb Apr;4.30am - Pg ini kami bersama-sama menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Said bin Taymur yg dibina pd tahun 1999 yg letaknya berdekatan dengan hotel penginapan. Masa tempatan di Muscat pun saya sudah dapat membiasakan diri dengannya. Sebab itu, pagi ini saya terjaga sendiri dan tidak mengantuk lagi mcm kelmarin...

Lulu Hypermarket...

Lulu Hypermarket
25hb Apr;8.00pm - Mlm ini rombongan kami tidak mempunyai aktiviti rasmi. Oleh itu, ketua rombongan dgn prihatin mengesyorkan untuk kami keluar bersantai seketika dengan berkunjung ke Lulu Hypermarket. Kalau di Msia mcm dgn Tesco @ Carefour @ Giant. Tujuannya utk membeli keperluan harian krn kebanyakan brg keperluan peserta telah diambil dan tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam pesawat ketika bertolak dr KLIA. Antara yg tidak dibenarkan dan telah diambil ialah cecair (minyak rambut, losyen, minyak zaitun, ubat gigi, perfume dll) yg beratnya melebihi 150g. Kami semua mmg bawa semua tu yang besar saiznya krn menganggarkan tempoh sebulan kami bermukim di sini. Harga barangan di sini adalah setara dengan harga di Malaysia walaupun nilai matawang yg jauh berbeza...

Mesyuarat Pengurusan 1...

25hb Apr;5.00pm - Ptg ini adalah kali pertama semua peserta berkumpul untuk mesyuarat dan perbincangan rasmi tugasan yg perlu kami selesaikan sepanjang kursus ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj. Mohd Akhir (Ketua Deligasi) dan dibantu oleh urusetia dari BPI/SPI. Kesimpulan dan rumusan mesyuarat kali ini adalah seperti berikut:

1) Membina instrumen pemantauan/penilaian yg akan digunakan ketika lawatan ke sekolah pada hari Isnin
2) Biro Protokol dan Majlis yg dibentuk sebelum berangkat ke Oman dibubarkan dan digabungkan dengan Biro Kurikulum
3) Bengkel untuk pembinaan modul guru dan murid akan memulakan tugas akan bermula pada hari Ahad
4) Semua peserta dikehendaki mencari sesuatu yg baru (inovasi) sepanjang lawatan dan kursus berfokuskan kepada alat bantu mengajar @ kaedah P&P @ permainan bahasa @ lughatul fasl dll yg sesuai
5) Biro ICT dan Dokumentasi ditugaskan untuk lancarkan blog dan "link" kan dengan laman web dan blog yg berkaitan
6) Biro Kerohanian akan mengadakan kuliah subuh setiap pagi selepas pulang dr Solat Subuh di masjid dan berfokuskan kepada ibadat umrah.

Saya juga mendapat tugas-tugas tambahan selaku Pen. Setiausaha kepada jawatankuasa adhoc teknikal yg ditubuhkan untuk kelancaran program ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 6.45pm...

Saturday, April 25, 2009

al-Muhadharah al-Ula علامات الترقيم

25hb Apr;10.00am- Kuliah kami yg pertama bermula hari ini bertajuk "A'LAMAT AT-TARQIM" disampaikan oleh Dr. Muhammad Ahmad al-Uqalah. Bertempat di dewan kuliah A, beliau menyampaikan syarahan, berbincang, berbengkel dan memberikan latihan dan sesi pembentangan. Agak menarik kuliah pada pagi ini. Maklumlah yg bersama-sama sebagai peserta adalah pensyarah IPG (Bahasa Arab) dan Pegawai Bahasa Arab BPI/JPN. Kami juga diberikan latihan @ kerja rumah secara individu yang perlu dihantar keesokan harinya. Kuliah tamat jam 1.45 tengahari dan bersambung esok...

Kursus Bermula...

Wakil BPI menyampaikan cenderamata kepada wakil Kerajaan Oman
Bergambar kenangan sebelum ke kuliah
25hb Apr;8.30am-Hari ini bermulalah secara rasmi Kursus Bahasa Arab Melalui Kerjasama Pendidikan Antara Malaysia-Oman. Kami bertolak dari hotel penginapan ke tempat kursus yg jaraknya sekitar 20 minit perjalanan dengan bas yg disediakan. Tempat berlangsungnya kursus ini ialah di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Oman. Majlis perasmian kursus disempurnakan oleh Penasihat Kementerian Pelajaran Oman, Muhammad bin Hamdan al-Toobi.
Turut hadir adalah Setiausaha III Kedutaan Besar Malaysia di Oman, En. Fazli. Selepas majlis perasmian, kami berehat seketika sambil menikmati jamuan ringan sementara menunggu muhadharah yg pertama bermula...

Nawras Prepaid & Riyal Oman

24hb Apr;5.00pm- Seorang pekerja hotel telah menawarkan khidmatnya untuk menukarkan USD kepada Oman Riyal=OR yg kadar tukarannya hari ini +-USD100=OR38=RM365. Betapa tingginya nilai matawang OR berbanding RM. Boleh dikatakan OR1.00=RM10.00. Saya hanya menukarkan USD100 terlebih dahulu serta membeli simcard prepaid NAWRAS MOUSBAK yg harganya OR5.00. Kami mendapat topup OR4.00 sedia ada. Sementara menunggu untuk makan malam, saya terlelap dalam masa yg agak lama, macam koma terus. Handset di setkan jam 6.00 ptg utk mkn mlm, tetapi sy hanya terjaga apabila Ust Ali Ahmad (Perak) membunyikan loceng dan menghantar simcard dan duit Riyal. Apa lg, kelama kabut mandi dan bergegas turun mencari makanan. Turun ke ruang makan, semua dah sunyi sepi... yg ada hanya pelayan sedang menyusun kelengkapan untuk sarapan pagi esok hari... Tanpa rasa malu, saya terus bertanya makan malam. Sebenarnya masa makan malam tamat jam 9.00 mlm, tetapi kerana kesian kot, dia terus menghidangkan saya nasi goreng dan rendang daging. Syukur... rezeki saya masih lagi ada pada malam tu...

blogger templates | Make Money Online