Nasib aku agak "kurang baik" kerana diperkena oleh kawan2 dan dilantik sebagai "penghulu". Tak pernah lagi aku dilantik menjadi penghulu walaupun dan banyak kali berkursus sejak 2006. Kursus kali ini agak sedikit "berbeza" kerana dikendalikan oleh Unit Dakwah. Maklumlah selama ini aku banyak mengikuti kursus berkaitan kurikulum sahaja.
Kandungan kursus kali ini adalah 1) Pengenalan Organisasi KPM, BPI dan SPI 2) Protokol dan Etika Kerja 3) Fiqh al-Aulawiyat Dalam Pengurusan Pend. Islam 4) Perancangan Strategik 5) Pengurusan Dakwah Sekolah 6) Isu-Isu Keselamatan Negara (bersama PDRM) 7) Usrah dan Kajian Kes 8) Bengkel dan Pembentangan Hasil Bengkel.
Kursus kali ini juga turut dipantau oleh Ust Mohd Fauzan bin Mohd Mukhtar, Ketua Unit Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam, Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak, Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Majlis Perasmian Penutup di sempurnakan oleh Ust Fazial bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah.