Tuesday, July 21, 2009

Aqiqah Muhammad Iyaz

10.07.2009, Jumaat - Hari ini genap 14 hari Muhammad Iyaz dilahirkan. Rasa kesyukuran dan kegembiraan dengan kedatangannya aku raikan dengan sedikit kenduri aqiqah buatnya. Kali ini hanya seekor kambing dahulu yang sempat aku aqiqahkan buatnya. Insyaallah satu bahagian lagi akan menyusul kemudian. Kenduri hari ini ala kadar sahaja dan hanya jiran dan sanak saudara terdekat sahaja yang kuundang. Kawan-kawan pun tak semua yang kujemput. Semoga Muhammad Iyaz sentiasa dalam perlindungan Allah (أعاذه الله) bersempena namanya yang kupilih...

Hari Anugerah Kecemerlangan SKHK 2009

Siti Farahizzah Kamarusalan (Tokoh Murid SKHK 2009)
Persembahan nasyid
Persembahan murid tahap 1
VIP menyaksikan persembahan
Persembahan murid tahap 2
Ucaptama dan perasmian
"Negaraku" berkumandang
Pentas utama

08.07.2009, Rabu - Hari ini SKHK mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 dengan penuh gilang-gemilang. VIP yang diundang ialah Tn Hj Asmee Tajuddin (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNK). Tahniah kepada semua murid yang menerima anugerah kecemerlangan akademik dan kokurikulum tahun ini.

blogger templates | Make Money Online