Monday, June 29, 2009

Marhaban Ya Qurratu Aini...

Anakku pada hari ke-3
Ibuku menyuapkan air zam-zam ke mulut cucunya yang ke-4
Wajah anakku pada hari pertama selepas dilahirkan

27 Jun 2009: Hari ini jam 9.55 pagi, isteri aku selamat melahirkan anak kedua kami di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. Anakku yang kedua juga lelaki seberat 3.7 kg. Alhamdulillah anak dan ibunya sihat dan petang itu juga mereka boleh discaj wad. Terima kasih Dr. Zarina dan kakitangan PRM yang memberikan layanan 1st class sepanjang sehari kami di sana... Aku dapat merasakan lagi cuti selama 7 hari...

Bengkel Penggabungan Data Pelaporan j-QAF PPDKS


29 Jun 09: Hari ini saya ke SK Wan Abd Samad Pokok Sena kerana menghadiri Bengkel Penggabungan Data j-QAF PPDKS. Walaupun masih bercuti hari ketiga, saya turut hadir menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan bersama rakan-rakan yang lain. Dalam perjalanan ke Pokok Sena, saya sempat lagi singgah minum bersama Ust. Dziyauddin di Kg Aman. Terima kasih tuan. Di SKWAS kawan-kawan yang lain sudah sedia menunggu seawal jam 8.00 pagi. Selamat menjalankan tugas buat Hafiz, Hafni, Suhail, Hazri, Syakir, Awatif dan Kak Mas.

blogger templates | Make Money Online