Wednesday, October 7, 2009

Kursus Khas Guru Pendidikan Islam (KKGPI) Siri 3/2009 Peringkat Negeri Kedah

KPP bersalaman dengan peserta sebelum meninggalkan majlis
Penyampaian sijil
Berucap semasa majlis perasmian penutup
Pembentangan hasil bengkel
Pembentangan hasil bengkel
Ust Mohd Fauzan (BPI) menerima cenderamata daripada Ust Pisal
Setia mencatat ceramah yang dibentangkanKhusyuk mendengar pembentanganPembentangan oleh fasilitatorUcaptama oleh Ust Abd Samad PPK j-QAF

4-6 Oktober (Ahad-Selasa) : Selama 3 hari 2 malam aku dan rakan2 berkampung di Chandekura Langkawi bagi mengikuti Kursus Khas Guru Pendidikan Islam (KKGPI) Siri 3/2009 anjuran Unit Operasi Dakwah SPI JPN Kedah. Seramai 72 peserta yang hadir yang merupakan guru2 j-QAF kohort 2005 daerah Kota Setar, Kuala Muda Yan dan Kubang Pasu termasuk Langkawi.

Nasib aku agak "kurang baik" kerana diperkena oleh kawan2 dan dilantik sebagai "penghulu". Tak pernah lagi aku dilantik menjadi penghulu walaupun dan banyak kali berkursus sejak 2006. Kursus kali ini agak sedikit "berbeza" kerana dikendalikan oleh Unit Dakwah. Maklumlah selama ini aku banyak mengikuti kursus berkaitan kurikulum sahaja.

Kandungan kursus kali ini adalah 1) Pengenalan Organisasi KPM, BPI dan SPI 2) Protokol dan Etika Kerja 3) Fiqh al-Aulawiyat Dalam Pengurusan Pend. Islam 4) Perancangan Strategik 5) Pengurusan Dakwah Sekolah 6) Isu-Isu Keselamatan Negara (bersama PDRM) 7) Usrah dan Kajian Kes 8) Bengkel dan Pembentangan Hasil Bengkel.

Kursus kali ini juga turut dipantau oleh Ust Mohd Fauzan bin Mohd Mukhtar, Ketua Unit Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam, Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak, Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Majlis Perasmian Penutup di sempurnakan oleh Ust Fazial bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online