Wednesday, October 7, 2009

Majlis Khatam al-Quran & Sambutan Aidil Fitri 2009

1 Okt 2009 (Khamis) -Hari ini SKHK mengadakan program 2 dalam 1 iaitu Majlis Khatam al-Quran & Sambutan Aidil Fitri tahun 2009. Majlis bermula selepas rehat dengan Khatam al-Quran oleh murid2 tahun 6 dan murid2 j-QAF yang telah khatam al-Quran. Majlis Khatam dipimpin oleh Ust Sarmizan dan aku kena jadi MC kali ini. Selepas selesai khatam, murid2 bergegas ke kelas masing2 untuk menikmati jamuan yang disedikan oleh pihak sekolah dan juadah kuih raya yang dibawa oleh mereka sendiri.

Jam 12.45 selepas semua murid pulang, kami guru-guru pula yang menikmati jamuan aidil fitri. Juadah tengahari ini agak menyelerakan dengan satay, ketupat, nasi himpit, kuih raya, tapai, puding, kerepek, maruku, rendang dan banyak lagi. Turut hadir adalah YDP dan AJK PIBG bagi memeriahkan lagi majlis. Majlis berakhir sekitar jam 2.00 petang.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online