Tuesday, May 12, 2009

زيارة ميدانية 4

Model pakaian tradisional wanita Oman (hasil murid)
Salah sebuah kelas yang dilawati
Sarapan pagi dengan makanan tradisional Oman sejurus tibaMenemubual Aminah dan Izzah (pengiring)
Disambut dengan haruman mawar

11.05.2009-Isnin-07.00am - 01.00pm:
Hari ini kami melawat sekolah untuk kali yang keempat. Ust. Wan Badrudin tidak bersama hari ini kerana sakit kaki, manakala Ust. Safian juga tidak bersama kerana beliau terlibat dengan kumpulan yang mengadakan rakaman video di sekolah yang lain. Oleh itu, Ust. Salleh diminta bersama kumpulan kami untuk lawatan hari ini. Kami melawat Madrasah Umm Saad al-Ansariah (Sekolah Menengah-Perempuan). Lawatan hari ini agak selesa kerana hanya satu sekolah sahaja yang dilawati oleh setiap kumpulan. Kami berkesempatan melihat 3 kelas P&P Bahasa Arab termasuk kelas pemulihan Bahasa Arab. Yang paling mengkagumkan saya ialah, 2 orang murid telah ditugaskan sebagai pengiring kami kerana kefasihan mereka berbahasa Arab dan Inggeris. Mereka berdua telah mendapat kepercayaan sekolah untuk menyampaikan fakta dan data-data sekolah seperti apa yang kami kehendaki. Banyak aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan membantu peningkatan bahasa arab seperti radio sekolah, kelab bahasa arab, kelab wartawan, pertandingan khutbah, bercerita, teater, nasyid, kuiz, minggu thaqafah dan lain-lain...

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online