Saturday, April 25, 2009

Destinasi Ketiga... Dubai-Muscat

Meninggalkan Dubai
Sarapan pg di atas Oman Air
Oman Air WY602
24hb Apr; 3.00am waktu tempatan di Dubai (7.00am waktu Malaysia), kami selamat tiba di Dubai International Airport dan meninggalkan pesawat untuk meneruskan perjalanan ke Muscat. Kami check ini sekali lagi di Dubai untuk penerbangan ke Muscat dengan pesawat Oman Air. Selepas menunaikan solat subuh, kami terus boarding masuk ke dalam pesawat. Penerbagan pada mulanya dijangkakan berlepas jam 6.50am (waktu Dubai) tetapi setelah bersedia di dalam pesawat, kapten memaklumkan bahawa penerbangan tidak dapat berlepas mengikut jadual dan kami terlewat 1 jam dari jadual asal kerana kesibukan trafik di Dubai International Airport. Saya ingatkan traffic jam ni setiap pagi sy ke sekolah bermula dari Plaza Tol Alor Setar Utara-simpang 3 Hutan Kampong shj... Rupa2nya dalam pesawat di Dubai pun saya sangkut dalam traffic jam lg... Mujurlah krew Oman Air bertindak pantas menyediakan sarapan pagi ketika kami masing2 sudah mula mengeluh... maklumlah waktu itu dah pukul 12.00pm waktu Malaysia. Selepas habis sarapan, sekitar jam 8.00am (12.00pm waktu Malaysia), pesawat kami WY602 berlepas meninggalkan Dubai menuju ke Muscat, Oman. Penerbangan ke Oman hanya sekitar 30 minit shj yg jaraknya lebih kurang 348km dari Dubai...

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online