Friday, April 24, 2009

Selamat Jalan...


22 Apr: Hari ini merupakan tarikh keberangkatan saya untuk menghadiri Kursus Bahasa Arab Di Oman Melalui Kerjasama Pendidikan (MoU) antara Malaysia-Oman. Dengan perasaan gembira + sedih, saya akan meninggalkan anak, isteri, mak, ayah dan seluruh ahli keluarga serta rakan2 di SKHK bersama anak-anak didik di sana serta teman-teman j-QAF di negeri Kedah. Turut bersama saya ialah guru saya di IPGM Kampus SAH Sg Petani (Ust Wan Badruddin-Tutor BA KPLI-jQAF Kelas 1A-Kohort 2005) dan Ust Najmuddin (j-QAF Perlis).

Kebetulan di airport, saya bertemu dgn pegawai2 dari SPI JPN dan UPI PPDKS yg bersama dgn penerbangan dengan saya ke KLIA. Mereka adalah Ust Mahir, Ust. Pisal, Ust Ahmadi Putra, Ust Ayub dan Ust Shukor (SPI JPN Perlis) yg kebetulan juga merupakan jiran dan saudara saya di kampung.

Terima kasih buat Ustzh Norizawati+Fitri, Sir Asmadi+Isteri dan 2 org body guardnya kerana sudi datang mengucapkan selamat jalan kepada saya...

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online