Monday, April 27, 2009

Bengkel 1...

26hb Apr;5.00pm - Kami berkumpul di dewan kuliah semula ptg ini untuk berbengkel. Susulan daripada mesyuarat kelmarin, bengkel petang ini dibagikan kepada beberapa kumpulan mengikut fungsi dan tugas masing.masing. Antara tugas yang dilakukan adalah:
1- Pegawai dan pensyarah menyiapkan instrumen yg akan digunakan untuk lawatan ke sekolah pada hari Isnin. Mereka juga menentukan mekanisme dan indikator tertentu yg diseragamkan untuk melihat hasil daripada lawatan ini.
2- Biro ICT bertungkus-lumus menyiapkan laman blog rasmi kursus ini. Sesi fotografi peserta diteruskan dan semua peserta diberikan peluang mencadangkan nama blog yg sesuai sebelum dilancarkan.
3- Biro Laporan dan Dokumentasi pula menyiapkan laporan dan mengagihkan tugasan serta menentukan tarikh dan jadual tugas dokumentasi bermula dari tarikh berkumpul di Allson Klana Nilai.
4- Biro Kerohanian pula dapat menyediakan jadual kuliah subuh dan giliran penceramah bertugas yg akan bermula esok pagi. Forum perdana dan Kursus Intensif Umrah pun akan turut diadakan.
5- Biro Kurikulum juga terus merangka pelan tindakan untuk menyiapkan modul guru dan murid di samping bersedia dengan lawatan ke sekolah.
6- Saya turut membantu tugas Setiausaha mengagihkan peserta mengikut kumpulan lawatan di samping menyediakan laporan ringkas bengkel malam ini serta menyediakan rekod kehadiran peserta ke mesyuarat/bengkel.
Secara keseluruhannya, bengkel pada petang ini berjalan dengan lancar. Tambahan pula capaian internet dan printer baru telah berfungi sepenuhnya seperti yang dijanjikan. Bengkel berakhir jam 8.30 malam dan kami pulang semula ke hotel penginapan untuk makan malam...

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online