Tuesday, May 5, 2009

زيارة ميدانية 3

04hb Mei, 07.00am:

Pagi ini kami melawat lagi ke sekolah-sekolah sekitar Muscat. Lawatan hari adalah ke sekolah-sekolah menengah pula untuk membuat tinjauan. 2 buah sekolah yang kumpulan saya lawati ialah Madrasah Musa bin Nusair Li at-Ta'lim al-Am مدرسة موسى بن نصير للتعليم العام (lelaki) dan Madrasah Umamah Li at-Ta'lim al-Am مدرسة الأمامة للتعليم العام (perempuan). Musyrif kami hari ini adalah Dr. Muhammad Uqlah dan bukan lg Dr. Fatimah al-Syaidi. Kami sempat meninjau aktiviti P&P di 4 kelas mata pelajaran bahasa arab تحليل نص الأدب، العروض، التعبير الكتابي Kami juga diraikan dengan persembahan pelajar dan pameran hasil kerja murid. Persekolahan peringkat menengah di Oman di asingkan sekolah di antara pelajar lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan guru. Guru lelaki mengajar di sekolah lelaki dan guru perempuan hanya mengajar di sekolah perempuan.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online