07hb Mei 2009 - Khamis - 12.00pm:
Kami menuruni gunung itu dengan perasaan berdebar-debar kerana jalan yang agak sempit dan berliku-liku. Sayup mata memandang apabila melihat di kaki gunung. Tiada tumbuhan hijau dan pohon-pohon yang melambai seperti di Malaysia. Yang dilihat hanya ketulan batu dan pohon-pohon kering di padang pasir. Kami meneruskan lagi perjalanan ke Nizwa. Pemandangan di sini sedikit berbeza kerana adanya sayuran hijau dan pohon-pohon kurma dan menandakan mukabuminya yang subur walaupun terletak di pertengahan padang pasir. Dalam perjalanan, kami disajikan dengan "Halawah Oman" yg rasanya seakan-akan dodol...
0 Comments:
Post a Comment