Thursday, May 7, 2009

Lawatan ke Kementerian Pelajaran Oman

06hb Mei - Rabu - 8.00am - Mudiriah:

Hari ini kami ke Mudiriah seperti biasa, tetapi aktiviti untuk pagi ini ialah lawatan ke jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Oman. Terdapat 3 jabatan utama yang kami lawati hari ini iaitu Jabatan Kurikulum, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (Pemantauan dan Penaziran) dan Jabatan Penilaian & Peperiksaan. Fungsi setiap jabatan tersebut boleh dikatakan sama dengan bahagian-bahagian di KPM walaupun struktur organisasi di Oman agak sedikit berbeza. Saya hanya melawat 2 jabatan sahaja kerana kami diagihkan mengikut kumpulan. Kumpulan saya tidak berkesempatan ke Jabatan Penilaian & Peperiksaan. Banyak perkara dan input baru yang dapat kami perolehi sepanjang lawatan hari ini. Satu perkara yang amat mengkagumkan saya ketika lawatan ke Jabatan Kurikulum adalah tranformasi pendidikan di Oman sekarang ini. Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran Oman telah mula melaksanakan projek rintis kurikulum baru yang dinamakan "Kurikulum Bersepadu". Kurikulum bersepadu yang dimaksudkan ialah 6 matapelajaran akan digabungkan dan diajar dalam satu subjek sahaja di peringkat sekolah rendah dengan menggunakan sebuah buku teks yang merangkumi keenam-enam subjek tersebut iaitu 1-Pendidikan Islam 2-Bahasa Arab 3-Sains & Matematik 4-Kemasyarakatan 5-Kemanusiaan 6-Kemahiran Hidup. Kurikulum ini sedang dalam peringkat rintis secara berperingkat dan akan dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah beberapa tahun akan datang...

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online