Friday, May 8, 2009

رحلة سعيدة 1

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Mantiqah ad-Dakhiliyyah

07hb Mei 2009 - Khamis - 07.00am:
Pagi ini rombongan kami dibawa oleh pihak Kementerian Pelajaran Oman untuk lawatan ke tempat bersejarah di Oman. Tempat yang dilawati hari ini ialah Dakhiliyyah yang merupakan salah satu daripada wilayah Oman. Terdapat banyak tempat bersejarah di kawasan ini kerana suatu ketika dahulu wilayah ini merupakan pusat pentadbiran dan ibu negara Oman. Kebanyakan bangunan bersejarah di sini adalah istana dan kubu pertahanan. Rombongan kami ditemani oleh Dr. Muhammad Uqlah dan beberapa orang pegawai dari Jabatan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Oman. Perjalanan ke Dakhiliyyah mengambil masa sekitar 2 jam sejauh 143 km dari bandaraya Muscat.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online