








Kami meninggalkan masjid ini dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu souq al-Seeb (Pasar al-Seeb). Suasana malam di suoq al-Seeb mengingatkan saya suasana di Mekah sekitar Masjidil Haram, di mana sebahagian besar kedai dan ruang perniagaan dikuasai oleh raykat India. Agak sukar untuk melihat rakyat Oman sendiri yang berniaga. Baik kedai makan, tukang jahit, kedai dobi dan kedai barangan elektrik & elektronik, semuanya dikuasai oleh masyarakat India.Kami sempat menempah jubah Oman di sebuah kedai jahit milik rakyat India. Sekadar hendak dijadikan kenangan pernah tiba di Oman. Walaupun ada pakaian yang sudah siap dijahit, tetapi sebahagian besar memilih untuk menempahnya kerana beza harganya yang tidak seberapa. Untung sakan la 'macha' tu malam ni, maklumlah dalam masa tak sampai satu jam, dah dapat 23 helai tempahan. Tempahan kami akan siap dalam masa 1 minggu. Lepas ni boleh bergaya macam rakyat Oman la.
Kami juga sempat menikmati makanan arab + india di sini. Ada syawerma, roti canai dan sandwich. Yang paling best sekali dapat minum a'sir to'bie mangga, cocktail dan pisang yang betoi-betoi pure... Terima kasih Ust Lutfi (Pen. Pengarah j-QAF Perak) yang belanja kami kali ini. Sebelum meninggalkan pasar al-Seeb, kami sempat juga menikmati hembusan bayu pesisir pantai al-Seeb sepanjang perjalanan pulanhg...
0 Comments:
Post a Comment