Saturday, May 9, 2009

Santai 5...

Saling tak tumpah macam arab Oman
Said (pemandu bas) yang setia bersama kami
Membeli belah di Souq Mutrah
Hadapan Souq Mutrah
Dalam kedai cenderamata berlatarbelakangkan "Khanjar"

08.05.2009-Jumaat-05.00pm :
Petang ini kami keluar ke Souq Mutrah. Pengunjung agak ramai hari ini kerana cuti hujung minggu. Suasana di kedua-dua pekan pasar ini mengimbas kembali nostalgia di medan Hussein, Atabah dan Mouski ketika berada di Kaherah 5 tahun yang lampau. Dengan kedai barangan kemas, pakaian tradisional, minyak atar dan cenderamata tidak banyak bezanya dengan Kaherah. Bezanya yang menjadi berniaga di Kaherah adalah arab Mesir, tetapi di Muscat yang berniaga adalah warga India dan Pakistan. Selepas Maghrib kami ke Souq al-Seeb jaraknya dari Mutrah sekitar 45 minit perjalanan. Kebanyakan kami yang ke sini kerana hendak mengambil jubah Oman yang telah siap ditempah seminggu yang lalu. Sekali lagi kami pekena jus koktail dan syawerma di pesisir pantai al-Seeb sebelum pulang...

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online