Sunday, May 3, 2009

Jumaat di Muscat...

01hb Mei;12.00pm - Hari ini kami berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Said bin Taymur, al-Khuwair Muscat. Masuknya waktu solat Jumaat jam 12.03pm. Lokasi masjid tidaklah berapa jauh dari hotel penginapan. Ketika kami keluar untuk menuju ke masjid, suhu ketika itu sekitar 43 darjah celcius. Memang panas membakar sehingga terasa sukar untuk membuka mata. Mujurlah bahagian dalam masjid keseluruhannya berhawa dingin dan terasa sejuknya walaupun setiap inci ruang masjid dipenuhi jemaah...

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online