Sunday, May 17, 2009

Kenduri Doa Selamat...

Kenangan bersama PDO Oman
Dr. Uqlah dan Dr. Ata' mencuba sambal udang + petai

14.05.2009-Khamis-07.00 mlm:
Malam ini kami menerima undangan warga Malaysia yang bekerja di syarikat Minyak Oman untuk ke jamuan kesyukuran yang mereka adakan semata-mata meraikan rombongan kami. Meriah sekali majlis malam ini. Solat maghrib, baca yasin dan tahlil, tazkirah, solat isyak dan diakhiri dengan solat hajat. Turut bersama kami ialah Dr. Uqlah dan Dr. Ata' yang cukup kagum dan terharu dengan layanan warga Malaysia di sini. Selesai menjamu selera, ada lagi cenderahati "khanjar" kenangan dari Oman. Terima kasih buat tuan rumah En. Mat Ali, En. Awalizam, En. Suhaimi, En. Affendy dan seisi keluarga mereka yang meraikan kami.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online